SEJARAH KOM SAADI

Di asaskan pada 2006 diKarak, Pahang .meulakan bisnes dengan sebuah pc dirumah, tempahan pertama dari Klinik di Temerloh. Bermula dengan membuat label, bisnes kad dan potostat. Dibantu oleh 2 orang pekerja .

Masalah

Keadaan lokasi yang agak tersorok, menjadikan KOM Saadi di Karak kurang diketahui umum, mengambil masa untuk maju.

Matlamat

Mempelbagaikan bisnes dalam bidang percetakan dan grafik, serta bahan-bahan produk yang boleh terbit dari keduanya seperti buku, produk makanan ringan dll.

Cita-cita bisnes

Mengembangkan bisnes atas nama KOM Saadi; mempelbagaikan bidang bisnes ke pelbagai bidang seperti Membina Bangunan, Rumah, Sewa Kanopi, Perladangan, Makanan dan minuman serta infrastruktur kediaman seperti penapis air dll.
Kami bercita -cita menjadi hub bisnes pantai timur untuk pasaran bumiputra. mempunya pekerja 20 orang pada 2020, 3 cawangan pada 2022. Insya Allah..jika ada rezeki

Pandangan pada masyarakat

Umumnya, bisnes bukan sesuatu yang mudah, jangan harapkan dapat senang.ibarat orang lain ikut jalan tar, kita redah jalan paya.Lumpur dan lintah kita akan rasa..kalau tak mahu jumpa lintah ikutlah jalan tar.
Tapi ingat, jalan tar jauh, jalan paya shot cut..
Kalau tak mampu berniaga besar, jangan tinggal semua..buatlah yang mampu.
Banyakkan bergaul dengan orang yang telah berjaya, sebab mereka dah jumpa lopak dan perangkap..berlainan dengan kita yang masih baru...
Jangan terasa diri hebat, tapi rasakan diri sentiasa dalam belajar.Orang berjaya akan berkawan dengan orang yang berjaya, mereka takkan berkawan dengan orang yang memiliki sifat kegagalan.

Sedikit maklumat idola bisnes: IRFAN KHAIRI

Saya menyanjungi Saudara Irfan Khairi sebagai idola bisnes kerana beliau memulakan bisnes dari rumah. Beliau mempunyai wawasan yang teguh dan disiplin kerja yang bukan sedikit.
Beliau mempunyai kreativiti dalam menjalankan sesuatu kerja, dan beliau memang kreatif... dan banyak idea.Idea beliau saya baca setiap hari dalam : www.irfankhairi.com
Jika anda ingin mendapatkan idea -idea bernas dalam bisnes anda bacalah tips setiap hari beliau, saya pasti anda akan dapat sesuatu yang baru..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HARGA - PRODUK KAMI

TIPS MEMBUAT BELIAN MELALUI BLOG